Selasa,25 November 2014

Waktu solat duha

BILAKAH waktu sesuai untuk melakukan solat sunat duha? Saya biasanya melakukan solat itu apabila berakhirnya waktu syuruk. Jika syuruk pada 7.05 pagi, saya melakukan solat sunat dhuha satu atau dua minit selepas waktu itu kerana perlu bergegas ke tempat kerja. Waktu kerja saya bermula jam 7.30 pagi dan apabila sampai di tempat kerja, tiada masa terluang untuk melakukannya.

ABDUL RAZAK
Port Dickson



Solat duha adalah sunat. Kelebihannya dinyatakan dalam hadis “Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat duha.”

Biasanya waktu duha masuk sekitar jam 8.30 pagi bergantung pada perubahan waktu Subuh dan syuruk, jadi tidak sah solat sebelum masuk waktunya.

Jika tidak mampu mengerjakan solat duha, bolehlah memilih solat sunat lain untuk dilaksanakan.

Artikel ini disiarkan pada : 2011/08/27

Artikel Lain

`