Sabtu,20 Disember 2014

U-Queen yakin kaut laba RM5j

Oleh Syarifah Dayana Syed Bakri

USHINE Health & Beauty, syarikat pengeluar produk kesihatan yang memperkenalkan minuman herba khusus untuk wanita dikenali sebagai U-Queen yang akan menjengah pasaran akhir bulan ini diyakini dapat membantu mengurangkan pelbagai masalah dalaman dan luaran wanita.

Pengurus Besarnya, Zahari Yahya berkata, produk berkenaan diadun dengan bahan berasaskan herba terpilih yang kaya dengan khasiat, vitamin dan antiseptik untuk merawat dan memulihara kesihatan tubuh wanita secara keseluruhan.


“U-Queen yang sesuai untuk wanita bekerjaya dipercayai dapat membantu mengatasi senggugut, keputihan, masalah faraj serta mampu melewatkan menopaus.

“Selain membantu mengatasi masalah lazim seumpama itu, U-Queen juga boleh membantu mengecutkan fibroid dan sista, mencegah kanser, melancar serta membersihkan darah dan peranakan,” katanya.


Zahari berkata, selain itu, U-Queen juga dapat membuang toksin, lemak dan angin dalam badan dan seterusnya pengguna kekal muda.


“Hasilnya dapat dilihat selepas sebulan tempoh penggunaan dan pengguna digalakkan mengikut saranan yang ditetapkan bagi mendapatkan hasil dikehendaki,” katanya.

Menurutnya, pihaknya menjangkakan jumlah jualan bagi produk berkenaan mencecah 2,000 kotak dalam tempoh sebulan.


“Produk ini masih baru dan kami meletakkan sasaran tidak terlalu tinggi dan yakin dapat mencapai angka ditetapkan.

“Kami juga mendapat sokongan stokis dari seluruh negara,” katanya.


Dalam pada itu, Zahari berkata, sehingga kini syarikat menjana pendapatan mencecah RM1 juta hasil jualan dua produk iaitu U-Detox & Slim Patch dan Ushine Hydrolyzed.


“Sebelum ini, kami turut memasarkan dua produk penjagaan rambut iaitu syampu aromaterapi Ushine dan Krim Uban, namun ia dihentikan seketika untuk penyelidikan dan pembangunan,” katanya.


Menurutnya, dengan kemasukan beberapa produk baru, pihaknya menjangka pendapatan syarikat akan meningkat sehingga RM5 juta pada tahun depan.

Artikel ini disiarkan pada : 2010/11/10
`