Rabu,22 Oktober 2014

Thaksin ikrar kembali keThailand

VIENTIANE: Bekas Perdana Menteri Thai yang hidup dalam buangan, Thaksin Shinawatra berikrar untuk kembali ke negara asalnya secepat mungkin untuk berkhidmat kepada negara.

Beliau menyuarakan keyakinan kepulangannya itu boleh belaku tahun ini.


“Sebaik saja keadaan kembali normal, saya akan pulang untuk berbakti kepada negara, walaupun bukan selaku perdana menteri,” katanya dalam mesej menerusi Skype dari Vietieane kepada penyokong ‘baju merah’ di Nong Khai.

Menurut Thaksin, ketika ini dia boleh ke mana-mana kecuali Thailand. Dia menaruh harapan satu hari kelak akan dapat bertemu rakyat Thai di negara itu sendiri.


Katanya, dia boleh memakai topeng untuk menyeberang sempadan. Tetapi dia enggan berbuat demikian kerana mahu masuk ke Thailand secara terhormat, bukan seperti penjenayah. - TN

Artikel ini disiarkan pada : 2012/04/13
`