Ahad,23 November 2014

Terjun flat untuk ‘tamat derita’

PETALING JAYA: Tertekan dengan penderitaan pelbagai penyakit dialami, seorang wanita warga emas nekad terjun dari tingkat 11, Blok Satu, Flat Desa Mentari, di sini, semalam.

Tindakan mangsa dikenali sebagai Javaraja Vellion, 62, terjun dari rumah disewanya bersama seorang lagi rakan serumah yang juga warga emas berusia 60 tahun disedari jiran yang ternampak kelibat wanita itu terjun jam 7.15 pagi.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan mendapati mangsa terjun melalui balkoni dapur.

“Wanita terbabit menghidap pelbagai penyakit dan sering mengalami kemurungan kerana tidak tahan menanggung derita akibat penyakitnya itu.


“Malah, wanita terbabit juga didapati pernah cuba melakukan tindakan sama seminggu lalu dengan terjun melalui balkoni depan, tetapi gagal selepas tersangkut atas pokok,” katanya.


Katanya, mangsa kali ini terjun melalui balkoni dapur dan menggunakan kerusi untuk memanjat tembok balkoni sebelum terjun.

“Sepasukan unit forensik bergegas ke tempat kejadian dan wanita terbabit disahkan mati akibat lehernya patah.


“Kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut dan mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM),” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/01

Artikel Lain

`