Sabtu,20 Disember 2014

Skru & Spanar: Tukar klac mampu jimat bahan api

Saya memiliki Proton Waja 1.6 transmisi manual keluaran tahun 2005. Masalah saya, klac­nya terlalu keras jika kerap ditekan ketika berlaku kesesakan jalan. Apakah punca dan tindakan yang perlu dilakukan untuk membuatkan klac kembali lembut?

INGIN TAHU
Selangor


Bagi kereta yang berusia, besar kemungkinan klac anda haus dan menyebabkan jarak perjalanan penekanannya bertambah, sekali gus menjadi lebih berat.

Begitu juga perumah atau ‘housing’ klac yang haus dan gegelung berubah sifat.

Tidak keterlaluan untuk menukar piring klac dengan perumah serta gegalas atau ‘bearing’ untuk mendapat­kan operasi ringan dan selesa.

Malah, klac baru akan memberi penjimatan bahan api memandangkan ia lebih cekap serta mengurangkan gelinciran yang menyebabkan kehilangan kuasa.

Gelinciran itu akan berlaku biarpun anda mungkin tidak merasainya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/30