Khamis,18 Disember 2014

Prospek kerjaya kursus

1. Teknologi maklumat

Tidak dapat dibayangkan hari ini jika hidup tanpa komputer dan rangkaian yang menghubungkan kita. Semua industri bergantung kepada teknologi maklumat (IT) dan hasilnya mewujudkan peluang kerjaya yang meluas. Lulusan IT biasanya ditawarkan pelbagai peluang pekerjaan seperti jurutera perisian, penganalisis sistem, pengaturcara, pakar pangkalan data dan pelatih komputer.


2. Kejuruteraan elektronik

Tugasan jurutera elektronik merangkumi pelaksanaan dan pembuatan reka bentuk dari pelbagai jenis teknologi elektronik serta komunikasi. Permintaan bagi jurutera elektronik amat tinggi dan pekerjaan itu antara yang tertinggi menerima bayaran dalam sektor kejuruteraan. Lulusan kejuruteraan elektronik membuka peluang kepada pelbagai jenis kerjaya dari jurutera elektronik, jurutera reka bentuk, jurutera penyelidikan dan pembangunan (R&D), jurutera pengeluaran, jurutera sistem elektronik hingga jurutera jualan dan pemasaran.


3. Perakaunan dan Kewangan.

Pekerjaan di dalam industri perakaunan dan kewangan dijangka berkembang lebih cepat berbanding bidang kerja lain. Ini kerana keadaan pelaburan semakin kompleks dan pertumbuhan dalam jumlah keseluruhan aset yang diurus. Persaingan sengit dijangka bagi pekerjaan berstatus atau bergaji tinggi dalam bidang perbankan, perakaunan, kewangan korporat, pengurusan risiko, insurans, analisis perniagaan dan penilaian saham.


4. Pengurusan Pentadbiran

Prospek kerjaya dalam pengurusan pentadbiran antara yang diperlukan. Terutama dalam bidang pendidikan, penjagaan kesihatan, kerajaan dan kewa­ngan. Pekerjaan ini sesuai bagi mereka yang mampu mena­ngani tanggungjawab daripada tugasan pekerjaan yang lain kerana ia lebih tertumpu kepada kemahiran tertentu. Graduan pentadbiran berkelayakan bekerja dalam bidang pentadbiran dan sumber manusia.


5. Multimedia

Kini lebih ramai menggunakan kemudahan YouTube dalam sehari jika dibandingkan dengan laman sesawang lain seperti Google. Ini menunjukkan keperluan pengarang filem dan video yang terlatih dalam dunia multimedia adalah lebih luas. Secara tidak langsung mewujud­kan lebih banyak peluang kerjaya di dalam pengiklanan, reka bentuk permainan, pengeluaran video, pembangunan web atau aplikasi digital. Graduan boleh bekerja sebagai pemaju dan pereka multimedia, pengaturcara multimedia, pereka dan pembangun laman web, juru animasi, editor filem dan video serta pembangun dan pereka permainan.


6. Pereka Grafik

Berlaku permintaan yang semakin meningkat buat pereka grafik apabila agensi kreatif mahu memperkembangkan produk dan perkhidmatan mereka dalam menghasilkan bahan cetak serta digital. Mereka yang mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam reka bentuk web dan animasi tentunya mudah mengecapi populariti di dalam projek digital, malah tidak mustahil dalam lingkungan yang lebih meluas. Graduan boleh bekerja sebagai pakar pereka grafik, tenaga pengajar pereka grafik, pengarah seni dan pereka pembungkusan.


7. Pengiklanan dan Komunikasi

Pertumbuhan pekerjaan didorong persaingan terhadap beberapa barangan dan perkhidmatan yang semakin meningkat dan keperluan untuk menghasilkan jenama yang lebih menonjol. Tidak hairanlah jika lebih ramai profesional di dalam komunikasi dan peng­iklanan diperlukan. Ia bagi membangun serta menghasil­kan idea baru di dalam dunia pengiklanan, mempromosi dan menghasil­kan sesuatu menjangkaui permintaan semasa pelanggan. Pekerjaan yang ditawarkan di dalam bidang ini termasuk pengurusan akaun, perancang, penulis iklan, komunikasi korporat dan penganjur acara.


8. Pengurusan hotel dan restoran.

Situasi yang berlaku dalam industri pelancongan mewujud­kan permintaan tinggi untuk profesional hospitaliti yang berbakat di seluruh dunia. Keadaan ini memberi kesan kepada graduan mendapat pekerjaan di mana-mana negara dan amat diperlukan di dalam mahu pun industri lain berkaitan. Graduan boleh meraih peluang pekerjaan selaku penyelia atau pengurus di hotel dan pusat peranginan yang besar dan sederhana selain dalam pelbagai syarikat restoran serta katering.


9. Kejururawatan

Prospek pekerjaan bagi graduan kejururawatan di seluruh dunia amat baik. Di negara ini, sekurang-kurangnya 130,000 jururawat perlu dilatih menjelang 2020 untuk memenuhi nisbah jururawat kepada pesakit seperti yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Jururawat mempunyai pilihan sama ada mengkhusus di dalam perbidanan, pediatrik, cardiothoracics, ortopedik, oftalmologi, perubatan dan pembedahan, geriatrik, kesihatan awam dan banyak lagi.


10. Seni bina landskap

Kesedaran terhadap alam sekitar yang semakin mening­kat dan permintaan untuk mengindahkan lagi ruang, tempat yang dirancang baik bagi pertumbuhan bandar atau tapak dan reka bentuk landskap untuk projek komersial serta kediaman semakin mendapat perhatian. Graduan boleh meraih peluang kerjaya di dalam bidang seni bina, pembinaan, pemba­ngunan, perunding landskap, penyelenggara landskap, tapak semaian dan taman-taman, majlis bandar raya atau bandar serta pengurusan sumber.


Jangan ketinggalan SIRI SENARAI SEMAK U akan datang!

Ketahui personaliti anda bagi kesesuaian kursus dan menangi iPad2!*

500 pelajar pertama yang mendaftar akan menerima biasiswa sebanyak RM1000 dan peluang tambahan memenangi iPad2*. Sah sehingga 14 November 2011.
Cepat, daftar sekarang!

*Tertakluk pada terma & syarat

SMS : KLMU MADU NAMA hantar ke 36600

Dibawakan untuk anda oleh
KLMU (logo)

www.discoveru.com.my

Artikel ini disiarkan pada : 2011/11/13
`