Isnin,22 Disember 2014

Penyelidikan teroka Marikh

Oleh SHARIFFUDIN MOHAMED, FIRDAUS SAHAT, SHAMRAN SARAHAN dan MOHD AZAM SHAH YAACOB

Membanggakan apabila empat anak muda Melayu berjaya menempa nama dalam dan luar negara berikutan pencapaian hebat dalam bidang masing-masing.

Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim, 34, berkhidmat dengan agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA), Amerika Syarikat (AS); Mohd Nizam Abd Razak, 29, individu penting dalam penghasilan filem animasi terkenal Upin & Ipin; Hasnul Hadi Shamsudin, 39, bekerja dengan sebuah syarikat perfileman animasi dan kesan khas berpangkalan di Hollywood manakala Azmi Osman, 39, jurutera automatif bertaraf dunia.

Ikuti perjalanan hidup individu hebat ini yang sewajarnya menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

“Pasukan saya akan melakukan uji kaji terakhir di NASA Ames, California, hujung bulan ini. Insya-Allah, penyelidikan ini akan berlepas ke angkasa dibawa roket, November depan.

Foto

AMANI di bilik kawalan Apollo 11 yang membawa manusia pertama ke bulan.


“Program ini membabitkan pembinaan satelit kecil membawa kajian berkaitan astrobiologi. Ia akan berada di angkasa selama beberapa bulan,” kata Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim, 34, yang mencatat sejarah sebagai wanita pertama Malaysia terbabit dalam program penghantaran penyelidikan ke angkasa dalam misi agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA), Amerika Syarikat, (AS) ke planet Marikh.




Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/20

Artikel Lain

`