Jumaat,28 November 2014

Pengambilalihan KFCH, QSR dijangka lewat

PROSES pengambilalihan KFC Holdings Bhd (KFCH) dan QSR Brands Bhd (QSR) oleh Johor Corporation (JCorp) melalui syarikat tujuan khas, Massive Equity Sdn Bhd lewat mencapai kata muktamad berikutan timbul beberapa masalah.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif JCorp, Kamaruzzaman Abu Kassim berkata, proses memuktamadkan pengambilalihan berkenaan sedang giat dijalankan, namun diakui lewat daripada tempoh ditetapkan kerana memerlukan semua pihak meneliti pelbagai syarat dan peraturan berikutan ia membabitkan syarikat pegangan awam.


“Kami akui ia mengambil masa yang lebih panjang daripada dijangkakan namun, prosesnya masih tetap diteruskan,” katanya selepas pengumuman prestasi kewangan kumpulan di Putrajaya, semalam.

Menurutnya, proses berkenaan memerlukan persetujuan bersama yang perlu mengambil kira pelbagai aspek dan perbincangan berulang kali.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/04/13
`