Jumaat,24 Oktober 2014

Pakej istimewa telefon pintar Celcom

CELCOM Axiata Berhad menjadi syarikat telekomunikasi pertama yang menawarkan pakej istimewa untuk telefon pintar menerusi kempen I Loves Phones Raya yang akan diadakan di seluruh negara.

Ketua Jualan dan Pegawai Komersialnya, Eric Chong berkata, promosi terbabit akan diadakan selama tiga hari bermula esok hingga 25 September ini di beberapa lokasi pilihan.


“Kami berbangga mengadakan kempen ini bagi pelanggan pasca bayar dan prabayar Celcom yang menggunakan telefon pintar termasuk pelanggan jalur lebar. Kepada pelanggan Celcom, mereka berpeluang menikmati pelbagai promosi yang ditawarkan sepanjang kempen berjalan,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.

Lokasi kempen akan diadakan di Plaza Low Yatt (Kuala Lumpur), East Coast Mall (Kuantan, Pahang), Giant (Bayan Baru, Pulau Pinang), Batu Pahat Mall (Johor), Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah.


Antara tawaran eksklusif selama tiga hari promosi, pelanggan boleh mendapatkan BlackBerry Torch 9860 dengan harga RM988 (harga asal RM1,588), BalckBerry Bold 9900 hanya RM1,288 (harga jualan RM2,188).

Artikel ini disiarkan pada : 2011/09/21
`