Sabtu,01 November 2014

Nahas 2 bas, 13 kereta

Oleh Arifin Salleh

Alor Gajah: Lebih 47 penumpang dua bas ekspres nyaris maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 202.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, di sini, semalam.

Kejadian pada jam 2.45 petang membabitkan dua bas dan 13 kereta itu bagaimanapun tidak membabitkan kemalangan jiwa.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila sebuah bas ekspres dipandu Buyong Andak, 50, dari Kuala Lumpur ke Melaka bersama 27 penumpang hilang kawalan sebelum merempuh lima kereta yang terbabit kemalangan sebelum itu.

Bas ekspres itu hilang kawalan berikutan jalan licin dalam cuaca hujan selepas mengelak kemalangan membabitkan Perodua Myvi dipandu Rashid Mohd Hashim, 28, yang dikatakan menekan brek bagi mengelak merempuh kereta hadapan.

Foto

KEADAAN bas dan kereta yang terbabit dalam kemalangan, semalam.


Bahagian belakang Perodua Myvi kemudian dirempuh sebuah Naza Citra disusuli rempuhan berturut-turut dari belakang membabitkan Proton Waja, Pesona dan Toyota Vios.




Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/06
`