Sabtu,25 Oktober 2014

Konsep lawak bijak

Oleh Ridzuan Abdul Rahman

Minggu pertama program Bintang Mencari Bintang bagi Kumpulan A me要yaksikan kemenangan berpihak kepada anak didik Harun Salim Bachik, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah yang muncul juara mingguan dengan me要gutip 75 mata menewaskan lima lagi peserta.

Bagaimanapun, momentum ini gagal diteruskan Harun apabila anak didiknya daripada Kumpulan B, Xoxo gagal menyerlah pada program minggu kedua yang bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam, malam Ahad lalu.

XOXO yang dianggotai Hazmeer Hassan, 23, dan Mohd Hazwan Mohd Azani, 26, gagal memikat peminat serta juri profesional dan hanya mampu mengutip 28 markah sekali gus menduduki tangga tercorot.

Persaingan pada malam itu menjadi milik anak didik Sabri Yunus iaitu kumpulan Titan yang dianggotai Fazlisham Mat Hussin, 26, dan Azizul Ammar Abu Hassan, 26.


Gandingan ini mengutip 67.7 mata menewaskan anak didik Afdlin Shauki, Bocik (Muhamad Fadzlie Mohd Nizam, 22, dan Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan,25) yang mengutip 65 mata.


Ini diikuti anak didik Faizal Ismail, Ajoi dengan 63.1 mata dan anak didik Raja Azura, kumpulan Awok dengan 41.6 mata. Sementara itu anak didik Senario iaitu kumpulan Gegau me要gutip 39.7 mata.

Konsep persembahan bebas selama tiga minit dan sebuah lagu selama dua minit membuatkan setiap peserta dibantu sifu mereka memberikan komedi yang dilihat boleh menggeletek hati penonton.

Gegau tampil sebagai peserta pertama membuka tirai dengan komedi hantu dan menyanyikan lagu Pontianak. Diikuti Ajo yang membuatkan penonton ketawa dengan komedinya yang menyentuh budaya mengambil gambar me要gikut peredaran zaman dan kegilaan ramai terhadap telefon berkamera.

Dia juga menyampaikan lagu Sayang dendangan Shae mankala gelagat Bocik yang dibimbing sementara oleh Johan Raja Lawak menerusi komedi buang anak dan lagu Milik Siapakah Gadis Ini berjaya menggamatkan suasana.

Disusuli kumpulan XOXO dengan konsep persembahan yang diambil daripada filem Batu Belah Batu Bertangkup dan nyanyian lagu Beat It. Mereka gagal untuk membuat peminat di studio ketawa. Kumpulan Awok pula tampil dengan kisah motivasi dan lagu Nasib Seorang Janda.

Titan yang menjadi peserta terakhir, tampil de要gan konsep lawak bijak yang diinspirasikan dari sebuah kerusi dan kemudian menyanyikan lagu Itukah Sayang. Komedi mereka ternyata menghiburkan peminat.

Bagaimanapun dalam berhibur, timbul kekeliruan dalam kalangan penonton kerana persembahan Titan bukannya disampaikan dalam bentuk lawak, sebaliknya dilihat seolah-olah beraksi dalam persembahan teater. Apatah lagi kedua-dua mereka mempunyai asas dalam seni itu.

Biarpun menang, Sabri mengakui belum berpuas hati dengan persembahan Titan. Dia menuntut mereka meningkatkan prestasi agar terus menonjol di mata peminat.

“Pujian yang diberikan sememangnya bagus tapi ia menakutkan saya. Susah sebenarnya untuk berlawak kerana mereka bukannya pelawak. Mereka juga masih baru dalam bidang ini dan perlu bekerja keras. Konsep komedi yang disampaikan adalah percubaan saya untuk bawa konsep lawak yang lebih bijak.

“Jiwa mereka tebal de要gan teater jadi saya tak boleh tukarkan ia secara mengejut. Bahan lawak mereka adalah daripada saya kerana saya tahu mereka belum boleh berdikari. Buat masa ini biarlah saya berikan dulu kerana saya belum berani lepaskan mereka lagi,” katanya.

Menurutnya lagi, walaupun sedar sebahagian penonton sukar menerima konsep lawak begini, dia akan terus tampil dengan ideanya bagi memberikan kelainan kepada dunia komedi tanah air.

Fazlisham, bekas pelajar teater Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Azizul, bekas pelajar teater Universiti Sains Malaysia (USM) mengakui kekeliruan ketika mula-mula tampil di atas pentas.

“Kami sudah biasa berlakon teater tapi agak sukar untuk berlawak depan penonton. Itulah sebabnya sebaik muncul atas pentas, kami seolah-olah berlakon teater. Tapi apabila penonton bertepuk, kami baru sedar yang kami perlu berlawak, bukannya berlakon,” katanya.

Barisan juri untuk program ini ialah Fauziah Ahmad Daud (Ogy) dan A R Badul serta seorang juri jemputan yang menilai dari sudut nyanyian.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/05
`