Jumaat,24 Oktober 2014

Konsep baru rumah mampu milik PKNS

PERBADANAN Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melancarkan konsep baru perumahan mampu milik bagi membantu orang ramai berpendapatan rendah tanpa mengira kaum khususnya golongan muda, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) untuk memiliki hartanah.

Projek rumah mampu milik berkeluasan antara 750 hingga 850 kaki persegi dan berharga bawah RM100,000 itu bakal dibina di enam kawasan yang dikenal pasti dengan projek perintis di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, Kajang, Selangor membabitkan 124 unit pangsapuri.


PKNS dalam kenyataannya berkata, memandangkan jumlah unit yang terhad, penjualan rumah hanya ditawarkan kepada mereka yang benar-benar layak dengan pendapatan seisi rumah antara RM2,500 hingga RM5,000 sebulan manakala 40 peratus dikhaskan kepada pembeli berusia 35 tahun ke bawah.

“Majlis pecah tanah dibuat pada 31 Mei ini di tapak projek terbabit dan selain Bangi, PKNS turut merancang meluaskan konsep ini di kawasan lain seperti Antara Gapi, Kota Puteri, Taman Sains Selangor 2 (SPP2), Bernam Jaya dan Gombak,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2011/05/28
`