Ahad,21 Disember 2014

Kerjaya profesional

Oleh Ruhaiza Rusmin

JIKA ditanya kepada keba-nyakan pelajar aliran sains kerjaya yang menjadi pilihan, sudah tentu ramai me-ngatakan mahu menjadi doktor perubatan, pergigian, jurutera atau ahli sains.

Jarang yang ingin menjadi doktor mata atau optometris kerana beranggapan kerjaya itu kurang mendapat permintaan tinggi di pasaran meskipun hakikat sebenar adalah sebaliknya.

Optometris juga diiktiraf sebagai salah satu kerjaya bertaraf profesional setara pekerjaan lain.

Dekan Fakulti Optometri Twintech International University College of Technology (Twintech), Profesor Dr Nasoha Saabin berkata, kurangnya maklumat mengenai bidang optometri me-nyebabkan ia bagaikan terpinggir dan kurang mendapat perhatian.


Menurutnya, bidang perubatan dan kejuruteraan antara kerjaya paling lama di dunia, tetapi optometri hanya mula mendapat tempat dalam kehidupan manusia pada kurun ke-17 Masihi.


“Bidang perubatan bermula dengan menghasilkan ubat-ubatan untuk menyembuhkan penyakit manusia sementara optometri pula bermula dengan cermin mata (opticionary) bagi merawat penglihatan manusia.

“Kemudian ia berubah kepada pemeriksaan tahap penglihatan manusia termasuk mengesan pelbagai penyakit mata menggunakan alatan pemeriksaan canggih dan merawat anomali penglihatan dengan kanta sentuh serta pelbagai kaedah rawatan.

“Ia adalah bidang yang sentiasa berkembang dengan ilmu, kajian dan penemuan baru, sekali gus meninggikan tarafnya antara bidang profesional dan perlu dijadikan pilihan,” katanya.

Sejarah optometri bermula dengan ahli optometri hanya dapat menggunakan cermin mata bagi merawat rabun dekat.

Tetapi kini bukan hanya cermin mata, malah kanta sentuh dapat membantu merawat masalah itu pada jarak sederhana dan jauh.

Ia menjadi semakin maju hingga proses rawatan boleh dirawat menggunakan kanta sentuh yang boleh digunakan hampir pada setiap masa tanpa mendatangkan gejala buruk kepada pengguna.

Manusia yang berusia melebihi 40 tahun kerap mengalami masalah rabun dekat, malah di negara maju juga terdapat ramai kanak-kanak mengalami masalah rabun jauh dan keletihan mata disebabkan terlalu lama membaca dan menggunakan komputer.

Bagi mereka yang menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi pula perlu mendapatkan perkhidmatan optometris dan bukan opticion supaya kesan buruk penyakit itu terhadap penglihatan dapat dikesan lebih awal.

Negara kita kini mempunyai kira-kira 700 optometrist dan 3,000 opticion sementara Akta Optik yang digubal pada 1991 serta yang tidak pernah digubal kembali membenarkan mereka berkelayakan membuat cermin mata bagi memeriksa mata pesakit.

Walaupun bidang optometri mula bertapak di negara ini sejak 1985 apabila Universiti Kebangsaan Malaysia mengeluarkan graduan optometrinya yang pertama seramai 10 orang.

Namun, tahap perkhidmatan bidang kesihatan penglihatan masih tidak membanggakan.

Malah, hanya segelintir institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) saja yang menawarkan kursus optometri di negara ini dan Twintech antaranya mendapat akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), sekali gus mendapat pengiktirafan terbaik di kalangan IPTS lain.

Untuk sebarang keterangan lanjut, sila hubungi talian bebas tol 1-300-88-1200 atau talian pejabat 03-62748502 / 03-62721501/Hairul Azwan (019-6241585).

Artikel ini disiarkan pada : 2011/10/30
`