Selasa,28 Oktober 2014

Kementerian Pertahanan jaga perairan Sabah

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan kini bertanggungjawab menjaga perairan timur Sabah sepanjang 1,400 km yang sebelum ini di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dengan arahan terbaharu itu, perairan Sabah yang dikawal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), akan terletak di bawah tanggungjawab kementeriannya dengan dibantu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

"Saya menerima 'command' (kuasa pemerintahan) ini Jumaat lepas, yang suratnya telah diserahkan kepada saya oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku menteri yang bertanggungjawab berhubung APMM.

"Command APMM di Sabah telah diserahkan kepada saya (Kementerian Pertahanan), tidak lagi di bawah JPM," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Panglima Angkatan Tentera Singapura, Leftenan Jeneral Neo Kian Hong di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Ahmad Zahid menyifatkan penyerahan rasmi tersebut adalah perlu untuk mengkoordinasikan antara operasi yang dilakukan TLDM dan APMM.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/14
`