Rabu,26 November 2014

Dituduh bunuh kontraktor

Oleh Mohamad Hussin

SUNGAI PETANI:Seorang suri rumah bersama dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan membunuh seorang kontraktor di Hotel Park Avenue di sini, September lalu.

Tertuduh, Norliana Nor Wahi, 32, Mohd Azeryee Anuar, 28, dan Kamarudin Abdul Halim, 29, kelihatan tenang mengangguk faham terhadap pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Khairul Hafizuddin Ramli.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga suspek dituduh membunuh seorang kontraktor, Mohd Nasir Isahak @ Ishak, 35, di dalam bilik 310, Hotel Park Avenue, Taman Sejati Indah, di sini, antara jam 7.04 hingga 7.48 malam, 19 September lalu.


Norliana dari Seberang Jaya, Pulau Pinang dituduh bersama jurugambar bebas, Mohd Azeryee dari Taman Nilam di sini, serta pengawal keselamatan, Kamarudin dari Butterworth, Pulau Pinang, melakukan pembunuhan dengan mengetuk kepala mangsa menggunakan pemegang pistol jenis Pietro Baretta Gardone VT dan buku lima.




Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2011/10/21
`