Sabtu,22 November 2014

Buang toksin dalam badan

Oleh Hamizah Badiran

TIDAK ramai yang terfikir untuk melakukan pembuangan toksin atau kotoran dalam badan. Cuba bayangkan jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga sekarang, ini bermakna sudah pelbagai sisa toksin terkumpul di dalam badannya.

Secara semula jadi, toksin boleh dibuang melalui proses pencernaan iaitu menerusi pembuangan air kecil atau besar. Namun, jika ia tidak berjalan dengan lancar iaitu seseorang itu mengalami masalah membuang air besar, sakit perut berterusan atau kulit berjerawat, itu tandanya badan mempunyai toksin berlebihan.

Selain itu, pengumpulan toksin dalam badan juga boleh mengakibatkan sembelit, sakit kepala, insomnia, letih dan imuniti badan rendah.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie Sdn Bhd, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, mengikut konsep dan teori penyembuhan semula jadi, faktor utama yang menyebabkan organ dan tubuh menghidap pelbagai jenis penyakit ialah toksin atau racun dalam badan. Hakikatnya, jenis sesuatu penyakit ditentukan oleh kerosakan yang disebabkan toksin berkenaan.


“Toksin dalam tubuh manusia terjadi akibat pencemaran di sekeliling kita.

Antaranya pencemaran makanan akibat penggunaan bahan kimia secara berleluasa seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia untuk aktiviti pertanian.

“Kesihatan menjadi lebih parah apabila manusia mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan atau bahan tambahan yang menjadi punca utama toksin dalam badan. Inilah sebabnya terjadi pelbagai penyakit seperti tumor, kanser atau migrain.

“Fakta daripada pelbagai kes penyakit mendapati hampir 90 peratus punca penyakit disebabkan toksin. Di dalam sistem fisiologi tubuh pula, apabila seseorang itu sakit, badan sedang berusaha untuk menyingkirkan sisa buangan, mukus dan toksin yang menghalang fungsi tubuh. Toksin yang berada dalam saluran darah akan dibawa ke pelbagai bahagian organ dan merosakkannya,” katanya.

Kajian yang dilakukan Sekolah Perubatan Mount Sinai, New York di Amerika Syarikat dengan kerjasama Kumpulan Pekerja Alam Sekitar (EWG) mendapati, terdapat 91 unsur pencemaran kimia daripada sumber industri dan pelbagai unsur kimia yang lain di dalam sampel darah dan air kencing sembilan sukarelawan dari lima bandar raya berlainan.

Jumlah keseluruhan toksin yang dijumpai pula sebanyak 167. Seperti kebanyakan kita, sembilan sukarelawan berkenaan tidak langsung bekerja di persekitaran yang terdedah atau dicemari industri kimia.

Menerusi 167 toksin yang ditemui itu, 76 dikenal pasti boleh menyebabkan kanser kepada manusia dan haiwan, 94 pula bahan toksin berbahaya kepada otak dan sistem saraf manakala 79 lagi boleh menyebabkan kecacatan janin.

Dr Syid Ayob berkata, pengambilan makanan terlalu berasid seperti daging, makanan diperhalusi seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan goreng dan protein yang diambil secara berlebihan adalah faktor menyumbang kepada masalah kesihatan.

Di samping itu, makanan yang mengandungi bahan kimia seperti pengawet, pewarna dan perasa tiruan, antibiotik serta racun perosak turut mempengaruhi.

“Semua bahan ini masuk ke dalam usus lalu meningkatkan kandungan toksin di dalam badan. Toksin itu akan diserap dan melekat dalam darah lalu menyebabkan pelbagai masalah kesihatan atau penyakit seperti radang usus.

“Proses membuang air besar yang normal dan baik untuk seseorang ialah dua kali sehari. Tetapi, jika seseorang tidak membuang air dengan kadar sepatutnya, kemungkinan besar najis yang berada di dalam usus akan menjadi hitam dan melekat pada dinding usus, seterusnya menjadi toksin dalam tubuh,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan ibu hamil atau sedang menyusukan bayi tidak sesuai untuk membuang toksin melalui bahan makanan tambahan.

Tambahnya, antara cara lain yang popular digunakan untuk membuang toksin ialah diet jus dan diet air. Tetapi ada juga yang memilih cara lebih ekstrem iaitu melalui proses mencuci usus.

Cara ini dibuat dengan memasukkan tiub ke dalam usus dan menyedut kotoran di dalamnya. Jika mahu melakukannya, pastikan mendapatkan khidmat doktor bertauliah.

Menyedari kepentingan menjaga kesihatan bermula dari dalam badan, pengeluar produk kesihatan dan kecantikan, Eskayvie Sdn Bhd memperkenalkan Eskayvie Nutrelle, makanan tambahan terkini bagi menyokong proses penyahtoksin merangkumi semua fasa asas bagi penyucian tubuh yang mantap.

Mempunyai empat fasa kesejahteraan iaitu penyahtoksin, pemulihan, mengoptimumkan dan rejuvenasi, ia adalah formulasi terkini bagi membantu untuk membersihkan toksin dan pencemaran dalaman bagi pemulihan kesihatan, kecantikan dan kecergasan.

Pengarah Urusannya, Kartika Wati Mohamed berkata, walaupun tubuh manusia memiliki keupayaan semula jadi iaitu menggunakan hati dan usus untuk menyahtoksin, kita juga mampu mencari alternatif lain untuk meringankan bebannya.

“Dengan mengamalkan soko–ngan makanan tambahan yang melancarkan proses penyahtoksin, ia mampu membantu tubuh untuk membersihkan diri daripada sisa toksin,” katanya pada majlis pelancaran produk yang dirasmikan Pengarah Kanan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Datuk Dzulkifli Mahmud, baru-baru ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/03/07
`