Rabu,22 Oktober 2014

Beraya langsir corak terkini

Oleh Hartini Mohd Nawi

PENATAAN yang diberi perhatian utama sempena Aidilfitri biasanya membabitkan penampilan menarik kemasan langsir kerana ketelitian reka letaknya mengubah kesuraman ruang.

Ruang kediaman yang menggayakan langsir baru pada pintu atau tingkap sudah memadai disebabkan ia mempunyai kekuatan menyuntik idea hiasan dalaman menarik.

Kesesuaian menggabungkan langsir fabrik pilihan dengan aksesorinya turut mengubah suasana ruang yang dulunya biasa menjadi berseri sepanjang masa.

Melihat kecenderungan itu, Jakel menawarkan pilihan langsir menarik yang memenuhi cita rasa anda.


Menurut Pengarah Urusannya, Mohamed Faroz Mohamad Jakel menyediakan pelbagai rekaan fabrik langsir dengan corak terkini.


“Sempena Aidilfitri ini, kami menyediakan aneka fabrik langsir dengan harga berpatutan,” katanya.

Dari fabrik untuk konsep klasik hingga moden kontemporari, segala keperluan itu ada di Jakel.

Malah, idea penggayaan langsir sempurna turut diketengahkan di setiap cawangan gedung fabrik terkemuka itu sebagai inspirasi terbaik kepada pelanggan yang masih buntu memilih konsep dekorasi sesuai.

“Padanan beberapa fabrik langsir sesuai turut menarik perhatian khususnya menaikkan seri setiap ruang supaya tampil penuh keselesaan.

“Kepelbagaian konsep dan cita rasa pelanggan juga mendorong Jakel menawarkan pilihan langsir siap dijahit dengan harga berpatutan dan berkualiti,” katanya.

Kesibukan bekerja dan kurangnya masa membuat tempahan memerlukan langsir siap yang boleh dipasang terus pada pintu atau tingkap.

Katanya, tahun ini Jakel membawakan fabrik langsir pintu dan tingkap yang diimport dari Sepanyol dan Itali siap berjahit pada harga berpatutan.

Dalam menyerikan penggayaan langsir, aksesori turut ditawarkan sebagai alternatif dan pelengkap keindahan pada pintu serta tingkap.

Kehadiran aksesori langsir itu berupaya memberikan wajah baru kepada langsir di kediaman anda biar pun ia tidak ditukar baru.

Kepelbagaian aksesori ditawarkan juga memberi pilihan kepada anda mencuba gaya suai padan yang selari dengan perkembangan dunia hiasan dalaman hari ini.

Jika dulu aksesori langsir hanyalah rekaan biasa sebagai pengikat semata-mata, kini fungsinya sudah berubah selain tampil menceriakan kemasan sedia ada.

Selain Wisma Jakel, Kuala Lumpur, promosi Jakel turut berlangsung di cawangannya di Shah Alam, Selangor, Segamat dan Johor Bahru, Johor.

Layari www.jakel.my atau e-mel: info@jakel.my untuk sebarang keterangan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : 2011/08/26
`