Ahad,26 Oktober 2014

Beg berkualiti tinggi

Bagi memberi pilihan kepada anak meraikan ibu masing-masing, jenama Tumi menyediakan rang­kaian beg berkualiti tinggi.

Beg harian dan kembara serta pelbagai aksesori dapat dipadankan bagi menonjolkan rekaan penuh feminin dan sofistikated.


Gayanya yang mampu disesuaikan dengan pelbagai pakaian, membuat­kan seseorang nampak lebih menarik, terutama menerusi warna terang yang bakal menonjolkan penampilan ibu yang menawan.

Bagi beg harian, Tumi memperkenalkan koleksi Villa yang sesuai digayakan oleh wanita korporat. Gaya yang anggun, koleksi itu menerapkan sentuhan feminin yang tradisional dan klasik. Diperbuat daripada kanvas dari Itali digabung bersama kulit, ia menggabungkan praktikal bersama rekaan menawan.


Beg Villa Quintessential nampak sempurna diletakkan di bahu dan ia mempu­nyai semua yang diperlukan oleh wanita yang sentiasa sibuk dan mengejar masa. Bahagian dalamnya mempunyai bahagian yang membantu menyimpan semua barang dengan tersusun, membuatkan pemakai tidak perlu tercari-cari barangan dalam beg.


Koleksi Villa Lucca City pula membawa gaya lebih sofistikated dan sesuai untuk urusan perniagaan atau harian. Ia mempu­nyai ruang yang luas untuk menyimpan barangan termasuk laptop. Malah, tali beg dan pemegangnya boleh dibuka untuk mendapat rupa berbeza.

Koleksi Carlisle pula sesuai untuk ibu yang sentiasa sibuk menguruskan anak kerana ia menggabungkan unsur praktikal dan kecantikan rekaan beg.


Koleksi lain daripada jenama ini adalah beg tangan Voyageur, beg pek Georgetown University dan beg kembara Vapor bagi mereka yang gemar melancong atau berjalan jauh.

Tidak ketinggalan, ia turut menampilkan aksesori bagi iPad dan iPhone khusus buat si ibu moden.


Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/20

Artikel Lain

`