Sabtu,20 Disember 2014

Bantu badan, minda kekal cergas

Oleh Hajahfarhana Tarmudi

PERSEKITARAN kompetitif hari ini boleh memberi kesan terhadap kesihatan tubuh dan minda yang mampu menjejaskan prestasi di tempat kerja mahupun di rumah.

Antara pilihan adalah pengambilan minuman kesihatan Brand’s Actifmynda Plus yang dapat membantu memiliki kehidupan aktif.

Produk terbaru keluaran Cerebos (M) Sdn Bhd itu membantu untuk memberikan tenaga terhadap tubuh secara berpanjangan supaya sentiasa kekal aktif di samping meningkatkan prestasi mental pengguna.

Menurut Pengurus Besar Cerebos (M) Sdn Bhd, Koh Joo Siang, rangkaian terbaru minuman kesihatan yang dihasilkan itu sebagai satu makanan tambahan yang diperlukan bagi membantu memberi kecergasan tubuh badan dan minda sepanjang hari.


“Brand’s Actifmynda Plus ialah satu rangkaian terbaik makanan tambahan kesihatan yang dirumus secara unik untuk mencergaskan tubuh dan minda.


“Ia dihasilkan bagi membolehkan pengguna memberikan prestasi terbaik sewaktu mereka mengimbangi kerjaya serta kehidupan peribadi dan keluarga.

“Banyak perkara terbaik dilakukan berpunca daripada minda yang aktif. Justeru, amat penting untuk mengekalkan kesihatan mental pada tahap terbaik setiap masa.

“Brand’s terus berusaha untuk menampilkan kualiti produknya dan disebabkan jenama ini adalah satu-satunya pati ayam yang dibuktikan secara saintifik di pasaran, saya yakin pengguna akan merasai perbezaannya,” katanya.

Tambah Koh, manfaat yang diperoleh daripada pengambilan berterusan terhadap minuman kesihatan itu adalah untuk tubuh dan minda yang cergas.

Formulanya yang mengandungi kombinasi unik vitamin seperti B1, B2, B3, B6 dan B12 bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran tenaga dan sel darah merah bagi melawan keletihan jika diambil bersama minuman Pati Ayam yang dibuktikan secara saintifik untuk meningkatkan tumpuan mental serta daya ingatan.

Brand’s Actifmynda Plus diperbuat daripada ekstrak ayam berkualiti tinggi yang kaya dengan protein semula jadi, asid amino dan peptida serta mempunyai keenakan yang memenuhi cita rasa pengguna.

Diiktiraf halal, minuman berkhasiat berkenaan juga bebas kolesterol dan tidak mengandungi perangsang tambahan atau bahan pengawet serta kedap udara untuk mengekalkan kesegarannya.

Ia boleh didapati di pasaran seluruh negara pada harga RM25.90 untuk setiap pek yang mengandungi enam botol setiap satu.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/01/11
`