Jumaat,28 November 2014

Arwah Zulkifli, Sabarudin naik pangkat

Subang: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan pangkat Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabarudin Daud masing-masing kepada Asisten Superintendan dan Sarjan bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka mempertahankan negara.

Najib berkata, keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.


“Kerajaan dan PRDM akan menimbang pemberian lain yang akan dimaklumkan kepada keluarga selepas selesai urusan pengebumian kedua-dua wira negara.

“Balu kedua-dua Allahyarham akan menerima pencen lebih tinggi kerana kita (kerajaan) tidak akan lupa jasa dan pengorbanan besar yang dilakukan,” katanya.


Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/03
`