Ahad,28 Disember 2014

Alasan Lai letak jawatan

Ketua Pegawai Eksekutif Packet One networks (Malaysia) Sdn Bhd (P1), Michael Lai, melepaskan jawatannya baru-baru ini atas sebab peribadi.

P1 yang juga anak syarikat Green Packet Bhd (Green Packet) terbabit dalam perniagaan jalur lebar rang­kaian 4G.

Dalam kenyataannya, P1 menegaskan Pengasas Green Packet, CC Puan akan mengambil alih jawatan Lai bermula 1 Julai nanti.

“Saya yakin CC boleh mengambil alih jawatan saya di P1 meman­dangkan beliau individu yang paling layak,” kata Lai.


Terdapat desas-desus mengatakan Lai sudahpun mengambil keputusan meletak jawatan sejak akhir tahun lalu namun menangguhkannya bagi melihat operasi P1 yang turut menerima saingan sengit dari syarikat telekomunikasi lain.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/11
`