Khamis,23 Oktober 2014

60 hidangan tengah hari

Oleh Hajahfarhana Tarmudi

SETELAH seharian penat menjalankan kerja di rumah, berikan peluang kepada wanita istimewa dalam hidup anda berehat seketika dengan membawanya menjamu selera bersama keluarga di Hotel DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur.

Promosi ‘Mum dines for free’ bersempena Hari Ibu itu boleh dinikmati di Makan Kitchen pada 12 dan 13 Mei ini yang menawarkan lebih 60 hidangan tengah hari serta 150 menu makan malam.

Makan Kitchen menyajikan masakan Melayu, Cina, Nyonya, India, Iban dan Melaka Portugis. Menampilkan hidangan ayam goreng berempah yang diadun dengan herba dan rempah tradisional, pasti membuka selera wanita kesayangan anda sama ada ibu atau isteri dalam memberi penghargaan kepada mereka pada hari istimewa itu.

Bagi yang gemarkan makanan laut, Makan Kitchen turut me­nyajikan ketam goreng dengan kuah lada hitam yang enak dimakan ketika panas bersama nasi atau pilihan mi dan mihun goreng.


Selain itu, nikmati rasa pedas masakan Melayu seperti sambal telur puyuh untuk menambah selera dalam suasana santai bersama seisi keluarga.


Bagi yang ingin mengubah selera, bolehlah mencuba masakan Cina seperti itik panggang, udang goreng dengan sos manis dan masam serta daging ketam tumis atau sup jagung manis.

Masakan India juga tidak kurang hebatnya dengan keenakan rasa rempah yang terserlah pada ayam tandoori, ketam masala yang dimakan bersama roti naan.

Makan tengah hari atau malam tidak akan lengkap tanpa kehadiran pencuci mulut seperti kek strawberi berkrim, pai beri, mangga dan kek keju Doubletree istimewa.

Selepas menikmati selera, tunjukkan kasih sayang kepada wanita istimewa dengan membawa mereka ke Mom’s Corner bagi berkongsi tip kecantikan.

Sementara itu, bawalah anak anda ke Kid’s Corner yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk disertai dalam memberi peluang kepada ibu menikmati selera atau berehat seketika.

Makan tengah hari di Makan Kitchen bermula dari jam 12.30 tengah hari hingga 4 petang pada harga RM59++ manakala makan malam (RM79++) yang dibuka jam 6.30 petang hingga 10.30 malam.

Selain itu, bagi mereka yang ingin menikmati masakan Itali, promosi bersempena Hari Ibu turut ditawarkan di Restoran Tosca Italian pada 13 Mei ini dengan menghidangkan lebih banyak menu barbeku atau bufet hanya pada harga RM89++ untuk dewasa.

Menyediakan kambing panggang, kepingan ikan salmon yang diperap bersama bawang atau nikmati udang yang diperap dengan jus lemon untuk membangkitkan selera berlainan pada hujung minggu.

Sebarang maklumat lanjut atau tempahan, layari www.makan-kitchen.com untuk memberi kejutan pada hari ­istimewa itu kepada isteri atau ibu anda dengan makan tengah hari atau malam istimewa bersama keluarga.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/05/10
`