Jumaat,19 Disember 2014

50 pokok tumbang

SHAH ALAM: “Saya pada mulanya lihat awan berwarna kelabu dan ketika itu hujan sangat lebat, malah pokok yang berada di hadapan rumah bergoncang sebelum pokok mula tumbang satu persatu,” kata saksi kejadian ribut di Subang Bestari, dekat sini, menyebabkan 50 pokok tumbang, semalam.

Saksi itu yang enggan dikenali berusia 40-an berkata, ketika kejadian, kereta Proton Persona milik kakaknya rosak teruk selepas dihempap pokok tumbang.


Menurutnya, dia tinggal di kawasan terbabit sejak 12 tahun lalu, namun kejadian ini kali pertama berlaku, malah bernasib baik kerana sebuah kereta lagi terselamat kerana diletakkan di dalam kawasan rumah.

Pengurus Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Cawangan Sungai Buloh, Md Zawawi Md Isa berkata, pihaknya menerima maklumat jam 4.30 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian.


Menurutnya, seramai 13 anggota bomba dari Balai Bomba Sungai Buloh dan Shah Alam dibantu 10 anggota polis bertungkus-lumus membersihkan kawasan perumahan terbabit selepas lebih 50 pokok tumbang akibat ribut.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/02/29
`