Rabu,29 Oktober 2014

22 rumah di Mergong rosak akibat ribut

ALOR SETAR: Sebanyak 22 rumah di Taman Wira A dan B di Mergong di sini dibanjiri air hujan selepas bumbung rumah mereka rosak akibat kejadian ribut awal hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu merosakkan 21 rumah di Taman Wira A dan sebuah di Taman Wira B.

Seorang mangsa Ibrahim Awang, 69, berkata beliau dan isteri Kamariah Abd Hamid, 63, pada mulanya dikejutkan dengan bunyi bising pada bahagian bumbung selama beberapa minit sebelum air hujan membanjiri ruang tamu rumahnya.

"Saya dapat tahu bumbung rumah rosak selepas melihat air hujan mula melimpahi dalam rumah.

Pada mulanya saya tak nampak bumbung rosak dan nampak air hujan mengalir dari celah siling rumah.

"Saya dan isteri cepat-cepat alihkan barang-barang elektik dan peralatan lain serta turut mengeluarkan air yang bertakung dalam rumah," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/17
`