Ahad,19 Oktober 2014

‘Kami tak paksa pelajar’

Alor Star: “Kami tidak memaksa 128 pelajar kami melakukan jualan amal namun ia dibuat dengan sistem dan kawalan tertentu. Jadi, saya tidak nampak ada masalah dalam hal ini.”

Demikian kata Sham Tasu, wakil pengurusan pusat tahfiz di Jalan Kuala Kedah-Yan, dekat sini, yang diarahkan tutup oleh Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), semalam.


Menurutnya, jualan amal itu sudah menjadi dasar mereka sejak ia ditubuhkan kerana yakin mereka tidak melanggar apa-apa peraturan mahupun salah dari segi hukum agama. “Ia didikan kemahiran bagi anak dari usia muda. Dalam hal ini bagi Fardu Ain kami ajar mereka mengenai al-Quran dan bagi Fardu Kifayah kami ajar mereka berniaga. “Saya tidak nampak ada masalah dengan hal ini...lagi pula kami mengambil anak-anak yang kebanyakan mempunyai masalah termasuk anak yatim, miskin dan bermasalah untuk diasuh menjadi lebih baik dan mempunyai kemahiran untuk berniaga selepas keluar nanti,” katanya. Sham berkata, dari segi sistem pendidikan pihaknya masih menggunakan sistem sama dengan sistem nasional namun diolah mengikut kesesuaian pihak pengurusan berasaskan pengajian pondok. “Kami ada subjek pengajian al-Quran, kemahiran (jualan amal), Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Mandarin,” katanya.

Kegiatan pelajar pusat tahfiz terbabit yang aktif menjual barangan di tempat awam dan berselindung di sebalik istilah ‘jualan amal’ pernah disiarkan Metro Ahad pada 29 Januari tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/28

Artikel Lain

`