Janewattananond bersama trofi kemenangan. FOTO AFP
AFP

PEMAIN golf Thailand, Jazz Janewattananond muncul juara Masters Indonesia yang membolehkannya meraih hadiah kemenangan USD750,000 (RM3.1 juta) sekali gus mengukir nama selaku bintang sedang meningkat dalam sirkit Asia.

Pemain berusia 24 tahun itu menamatkan saingan di tempat kedua di Kelab Golf Royale Jakarta, tahun lalu mengakhiri saingan final hari ini dengan tujuh di bawah par 65 untuk melengkapkan pertarungan dengan 23 di bawah par 265, lima pukulan di depan rakan senegara, Gunn Charoenkul.

“Saya tahu lapangan golf ini boleh menghukum seseorang pemain bila-bila masa jadi saya tidak boleh leka sehinggalah saya berada di atas green sehingga lubang terakhir,” kata Janewattananond.

“Ini adalah musim terbaik saya setakat ini.”

Gunn yang berada di tingkat kedua berkata: “Ia sangat sukar. Maksud saya, saya memukul dengan baik tetapi Jazz memukul lebih baik daripada saya.”

Pemain Korea Selatan, Taewoo Kim menamatkan saingan di tempat ketiga dengan 271, terikat dengan pemain Australia, Josh Younger.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Disember 2019 @ 11:00 PM