Jordi Cruyff pernah melatih kelab bola sepak di Israel. FOTO Agensi
AFP

JURULATIH Jordi Cruyff meninggalkan kelab China, Chongqing Lifan selepas gagal mencapai persetujuan kontrak baharu untuk musim depan, menurut jurucakap kelab itu.

Pengendali berusia 45 tahun itu mengharungi tempoh 16 bulan dengan penuh gembira di kelab Liga Super China itu, membawa kelab itu keluar daripada calon penyingkiran tahun lalu kepada penamat di tempat ke 10 musim ini.

Bekas pemain tengah Manchester United dan Barcelona, yang juga anak kepada lagenda bola sepak Belanda, Johan Cruyff, meninggalkan kenangan indah kepada penyokong Chongqing.

“Tanpa sokongan daripada peminat adalah mustahil untuk mencapai sasaran yang kami sendiri tetapkan dan pasukan sasarkan.” kata Cruyff dalam satu kenyataan. Dia sebelum ini pernah melatih pasukan Maccabi Tel Aviv di Israel.

“Ketika saya mengingati kembali detik menjalankan tugas di Chongqing, saya mahu merakamkan ucapan terima kasih kerana penyokong yang sentiasa memberi sokongan yang tidak berbelah bagi.

“Saya terharu walaupun terhalang dengan kesukaran berkomunikasi di sana.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Disember 2019 @ 12:50 PM