Pemain pertahanan Arsenal Sokratis Papastathopoulos (kanan) ketika aksi Liga Perdana. FOTO File Reuters
Agensi

PEMAIN pertahanan tengah Arsenal Sokratis Papastathopoulos percaya bahawa the Gunners mempunyai potensi melakukan kejutan dan mengembalikan musim mereka pada landasan sebenar jika mampu melakar keputusan yang baik berdepan Manchester City pada Ahad.

The Gunners mempunyai tempoh mengecewakan pada kempen 2019-20 sehingga kini, dengan persembahan buruk dan keputusan yang menyebabkan Unai Emery kehilangan pekerjaannya pada 29 November lalu.

Freddie Ljungberg dilantik menggantikan tugas itu sebagai pengendali sementara ketika kelab berkenaan mencari pengganti tetap yang mampu membawa kejayaan buat pasukan, dengan warga Sweden hanya mencatat satu kemenangan , dua seri dan satu kemenangan dalam empat perlawanan di bawah kendaliannya.

Arsenal bangkit daripada ketinggalan dua gol berdepan Standard Liege pada Khamis untuk mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati sebagai juara kumpulan ketika Ljungberg mengambil alih.

Di peringkat domestik, ketika skuad utara London bergelut untuk beraksi konsisten dan meletakkan kedudukan mereka di tempat ke sembilan dalam carta Liga Perdana.

Mereka berjaya menewaskan West Ham 3-1 dalam perlawanan terakhir namun masih tujuh mata ketinggalan berbanding pasukan di tempat keempat Chelsea dalam perlumbaan penamat empat teratas.

Sokratis tidak beraksi pada perlawanan pertama ketika Ljungberg mengambil alih pasukan yang seri 2-2 berdepan Norwich City, namun disenarai dalam kesebelasan utama dalam tiga perlawanan terakhir Gunners.

Dia menaruh keyakinan, jika mereka berjaya mencatat lebih banyak kemenangan dan menewaskan Manchester City di Stadium Emirates pada Ahad ia mampu mengubah kedudukan pasukan musim ini.

Katanya: “Sudah tentu, ia perlawanan yang sukar. Kadangkala, ini adalah perlawanan yang anda boleh membuktikan sesuatu. Kami memerlukan perlawanan yang bagus di gelanggang sendiri untuk bangkit.”

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Disember 2019 @ 2:26 PM