Francesca Schiavone pernah berada dalam kelompok empat terbaik dalam ranking dunia pada Januari 2011.
Agensi

BEKAS juara Terbuka Perancis, Francesca Schiavone mendedahkan dia berjaya mengatasi penyakit kanser.

Pemain berusia 39 tahun itu menjadi wanita Itali pertama untuk memenangi Grand Slam dengan kejayaan di Roland Garros pada 2010 dan menang lapan kejuaraan sebelum bersara pada 2018.

Francesca yang tidak mendedahkan jenis kanser yang dihadapi berkata : “Saya melakukan kimoterapi, saya melalui ujian yang getir dan sekarang ini saya masih bernafas.

“Saya memenangi perjuangan ini. Dan kini saya kembali beraksi.”

Dalam satu temubual pendek di Instagram, Francesca menambah : “Hi semua, dalam tempoh 78 bulan sepi daripada media sosial dan dunia, saya berbesar hati untuk berkongsi dengan anda semua apa yang berlaku kepada saya. Saya berdepan penyakit kanser.”

Dia ditewaskan pemain Australia, Samantha Stosur pada final Terbuka Perancis 2010, Francesca berada di kemuncak kerjaya dalam kelompok empat terbaik dalam ranking dunia pada Januari 2011.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Disember 2019 @ 1:46 PM