JDT muncul juara Piala Malaysia musim ini. — FOTO Asyraf Hamzah
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my


PENGURUS Johor Darul Ta’zim (JDT), Luciano Figueroa tidak berasa tertekan atau panik dengan sasaran pemilik pasukan Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mahu skuad Harimau Selatan melangkah ke pusingan seterusnya dalam saingan Liga Juara-Juara Asia musim depan.

Malah Figueroa menegaskan akan memastikan skuad Harimau Selatan mampu memberikan saingan kepada pasukan lain dalam Kumpulan G walaupun rata-rata melihat ia seakan mustahil untuk direalisasikan.

Juara Liga Super itu diundi bersama kelab Jepun (pemenang Piala Maharaja) dan bekas juara dari Korea Selatan, Suwon Bluewings dan Guangzhou Evergrande dari China yang kini dikendalikan oleh legenda Itali, Fabio Cannavaro.

Menurutnya, situasi itu sememangnya sukar buat pasukan, namun percaya anak buahnya mampu bersaing dengan pasukan hebat.

“Walaupun Tunku Ismail meletakkan sasaran sekurang-kurangnya melepasi

pusingan seterusnya dalam Liga Juara-Juara, ia tidak memberikan tekanan kepada saya untuk merealisasikan matlamat itu.

“Sebenarnya bagus jika ada tekanan kerana kami kelab besar dan sudah pasti perkara itu ada. Apa yang boleh dikatakan kami akan memberikan persembahan terbaik untuk layak ke pusingan seterusnya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Disember 2019 @ 9:58 PM