Keen Hoo salahkan diri sendiri. FOTO NSTP/OSMAN ADNAN
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my


PEMAIN snuker negara, Moh Keen Hoo harus menyalahkan diri sendiri pada acara final perseorangan lelaki yang menyaksikan dia terlepas pingat emas apabila tewas 2-4 kepada pemain Thailand, Kritsanut Lertsattayathorn di Hotel Tent, Manila, hari ini.

Dia berpeluang menambah koleksi emas kedua selepas memenangi acara beregu lelaki bersama Lim Kok Leong, Jumaat lalu.

Katanya, terlalu banyak kesilapan yang dilakukan hingga memberi mata mudah kepada pesaingnya.

"Sepatutnya boleh menang, setiap perlawanan ada peluang untuk saya menang tapi saya sendiri lepaskan peluang.

"Banyak sangat kesilapan mudah saya buat. Mungkin saya terlalu nak sangat emas ini dan saya bagi terlalu banyak tekanan pada diri sendiri.

"Kalau dalam latihan 100 bola saya boleh masuk semua tapi kali ini saya tak tahu kenapa banyak sangat silap," katanya kecewa.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Disember 2019 @ 5:37 PM