Impian Irfan beraksi bersama Kedah tercapai. FOTO KFA
Izzali Ismail
sukanteam@nstp.com.my


PEMAIN pertahanan yang baharu diikat Kedah untuk musim 2020, Irfan Zakaria mengganggap hasrat dan impian untuk menyertai skuad Lang Merah umpama mimpi menjadi kenyataan.

Pemain berusia 24 tahun dari Kuala Lumpur itu teruja dan gembira selepas berlatih bersama skuad kendalian ketua jurulatih Aidil Sharin Sahak di padang Stadium Sultan Abdul Halim (SSAH), Alor Setar, semalam.

"Alhamdulillah, akhirnya saya dapat menyertai pasukan Kedah diimpikan selama ini dan berjuang bersama-sama pemain senior."

"Saya memang berhasrat beraksi bersama Kedah sejak kecil dan baru sekarang mendapat mendapat peluang.

Saya sangat bersyukur dan gembira."

"Impian dan harapan musim depan adalah beraksi dalam kesebelasan utama dan membantu skuad merangkul kejuaraan musim depan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Disember 2019 @ 3:14 PM