RUSSIA layak ke suku akhir Piala Dunia 2018 di laman sendiri. — FOTO Agensi
AFP

SEORANG pegawai Agensi Anti Doping Dunia (Wada) menyatakan hari ini Russia boleh beraksi pada kelayakan Piala Dunia 2022 sekalipun digantung empat tahun daripada kejohanan sukan utama dunia.

Terdahulu, jawatankuasa eksekutif Wada menggantung Russia selepas menuduh Moscow memalsukan data makmal doping diberikan kepada penyiasat tahun ini.

“Oleh kerana kelayakan tidak menentukan juara dunia, Russia boleh mengambil bahagian. Keputusan itu tertakluk kepada kejohanan Piala Dunia kerana ia memutuskan juara dunia,” kata Jonathan Taylor, pengerusi jawatankuasa pematuhan Wada.

“Fifa akan membentangkan beberapa cadangan baharu,” katanya.

Sebelum itu, badan induk bola sepak dunia Fifa menyatakan mereka mahu mendapatken penjelasan mengenai tahap penggantungan itu. Russia menjadi hos Piala Dunia 2018.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Disember 2019 @ 11:38 PM