Da Sylva mahu pamer aksi terbaik bersama skuad Penyu. FOTO fail TFC
Malik Muhamad
sukanteam@nstp.com.my


PENYERANG import baharu Terengganu FC (TFC), Dominique Da Sylva tekad mahu membuktikan kelibatnya tetap berbisa biarpun belum pernah beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Bekas pemain kelab Sai Gon FC dalam Liga Vietnam itu enggan dibayangi bekas penyerang skuad Penyu Kipre Tchetche biarpun mengakui menggalas tugas berat sebagai penyerang utama pasukan.

Pemain kelahiran Mauritania berusia 30 tahun itu mahu fokus dengan tugasnya dan menyesuaikan diri tanpa memikirkan tekanan atau sasaran.

"Saya tidak tahu gambaran Liga M kerana belum pernah beraksi di Malaysia tetapi liga negara ini tetap sengit.

Saya gembira kerana memilih pasukan yang tepat untuk berhijrah selepas beraksi di Mesir, Cyprus dan Vietnam.

"Saya bukan datang 'makan angin' atau menggantikan sesiapa atau mengubah gaya permainan seperti pemain sebelum ini.

Penyokong mahu penyerang baru itu mempamer prestasi lebih baik atau setanding Tchetche yang menyertai Kedah musim depan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Disember 2019 @ 5:50 PM