PESERTA bergambar kenangan.
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my


KEJOHANAN Taekwondo merebut Piala Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad berlangsung meriah apabila berjaya menghimpunkan ratusan peserta yang berlangsung di Seksyen 19, Shah Alam, baru-baru ini.

Pertandingan membabitkan sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia itu menyaksikan pelajar berusia enam hingga 19 tahun mengambil bahagian.

Presiden Persatuan Seni Bela Diri Taekwondo Malaysia, Master S Edwin berkata, kejohanan itu bukan saja mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan anak muda malah turut memupuk hubungan erat antara peserta.

ANTARA aksi menarik atlet taekwondo di Seksyen 19, Shah Alam.

“Taekwondo bukan sekadar seni tempur tetapi wadah menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Bagi memberi prestij kita mendapat kerjasama daripada Menteri Wilayah Persekutuan untuk menaja piala tersebut,” katanya.

“Ia juga dapat menjalin dan mengukuhkan hubungan antara penggiat seni mempertahankan diri taekwondo serta perpaduan kaum,” katanya lagi.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia, Zainal Abas berharap kejohanan itu dapat menjalin dan mengukuhkan hubungan antara penggiat seni bela diri taekwondo dan merapatkan semangat integrasi dan perpaduan kaum.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Disember 2019 @ 11:55 PM