JINQ En sertai acara 200m kuak dada. FOTO Aizuddin Saad
Saiful Affendy Sapran
saifulaffendy@hmetro.com.my


KOLAM renang masih lesu apabila tiada pingat emas mampu diraih pada hari kedua di Pusat Akuatik New Clark City.

Menerusi empat acara dipertandingkan hari ini membabitkan perenang negara, Malaysia hanya memperoleh satu pingat gangsa menerusi Phee Jinq En dalam acara 200 meter (m) kuak dada dengan catatan 2:32.383 saat.

Selebihnya perenang negara gagal mempamer aksi meyakinkan dalam final tiga acara lain. Meskipun sekadar gangsa, Jinq En tetap berasakan ia satu pencapaian baik mengambil kira ia bukanlah acara kegemarannya.

JINQ En (kanan) raih gangsa dengan catatan 2:32.383 saat.

"Ia membakar semangat saya untuk acara seterusnya 50m kuak dada. Saya berharap dapat mempamerkan aksi lebih baik dalam acara itu. Saya sendiri tidak sangka dapat meraih pingat untuk acara 200m kuak dada," katanya.

Jinq En adalah pemegang rekod kebangsaan untuk acara 50m dan 100m kuak dada. Dia melakar rekod baru kebangsaan 31.46s ketika di Sukan Asia Indonesia tahun lalu untuk 50m kuak dada manakala 1:08.65s bagi acara 100m kuak dada pada saingan Terbuka Malaysia 2016.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Disember 2019 @ 8:07 PM