GELAGAT Khachanov (kiri) dan Rublev selepas menewaskan beregu Serbia. - FOTO EPA
Reuters

RUSSIA mara ke separuh akhir Piala Davis buat kali pertama sejak 2008 selepas menewaskan juara 2010, Serbia 2-1 dalam aksi suku akhir hari ini.

Andrey Rublev meletakkan Russia di depan selepas mengatasi Filip Krajinovic 6-1, 6-2 dalam aksi pembukaan di La Caja Magica, Madrid sebelum Novak Djokovic menyamakan kedudukan buat Serbia apabila menewaskan Karen Khachanov, 6-3, 6-3.

Dengan rekod 15 kemenangan straight set acara perseorangan Piala Davis, Djokovic berpasangan dengan Viktor Troicki dalam acara beregu penentuan tetapi gagal memanfaatkan tiga mata akhir sebelum tewas kepada Rublev dan Khachanov dengan 4-6, 6-4, 6-7(8).

Russia akan berdepan Kanada yang menang kali pertama ke atas Australia dalam sejarah Piala Davis semalam untuk mara ke saingan empat pasukan terbaik.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 November 2019 @ 12:30 AM