Perlawanan Taunton dan Truro berkesudahan dengan 34 sepakan penalti. FOTO TWITTER
Agensi/Esme Jo

PERLAWANAN bukan liga di England menyamai rekod sepakan penalti paling panjang dalam sejarah bola sepak Inggeris.

Pertembungan Taunton Town dan Truro City memerlukan 34 sepakan penalti untuk menentukan pemenang pada Piala Cabaran Liga Selatan, kelmarin.

Selepas perlawanan berakhir 2-2 dan terikat 3-3 pada waktu tambahan, perlawanan itu berakhir 12-11 dengan kemenangan kepada Taunton selepas pemain tengah, Jack Rice menyudahkan penalti kemenangan.

Pengerusi kelab Somerset dan penjaga padang, Kevin Sturmey berkata: “Ia perlawanan benar-benar gila. Selama 34 minit, 34 penalti dan saya perlu membetulkan tempat untuk sepakan dilakukan oleh pemain.

“Kami memiliki dua peluang untuk memenanginya menerusi penalti 32 dan 33 tetapi terlepas kedua-duanya dengan salah satunya dianggap tersasar dalam kriket.”

Penentuan sepakan penalti di Stadium Cygnet Taunton itu menyamai rekod Inggeris dilakukan oleh skuad Bawah 23 Chelsea ketika menewaskan Oxford United 13-12 selepas 34 sepakan untuk Piala Liga pada 2016.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 November 2019 @ 7:32 PM