Rashford (kiri) selesa United dikendalikan oleh Solskjaer. FOTO REUTERS
Reuters

PENYERANG Manchester United Marcus Rashford memberi sokongan terhadap pengurus Ole Gunnar Solskjaer selepas Mauricio Pochettino dipecat oleh Tottenham Hotspur.

Pochettino adalah salah seorang calon utama untuk mengambil alih tugasab United selepas Jose Mourinho dipecat Disember tahun lalu.

United bagaimanapun melantik Solskjaer sebagai pengendali semantara sebelum bekas pemain United dari Norway itu dinamakan sebagai pengurus tetap pada Mac lalu.

“Ole seorang pengurus yang hebat, memberi kepentingan terhadap kelab dan tiada lain lebih baik untuk memikul tugasan itu pada pendapat saya,” kata Rashford.

Solskjaer menjadi perhatian lembaga pengarah kelab itu selepas United membuat permulaan terburuk dalam saingan Liga Perdana dalam tempoh 33 tahun.

Pasukan itu kemudian mengubah pandangan mereka sejak beberapa minggu lalu selepas Red Devils menang lima daripada enam perlawanan dalam semua pertandingan.

United kini berada di tangga ketujuh liga selepas menewaskan Brighton pada 10 November lalu.

Mereka bagaimanapun masih tercicir 18 mata di belakang pendahulu Liverpool dan sembilan mata di pasukan berada di tangga keempat Manchester City yang mengisi tempat terakhir ke saingan Liga Juara-Juara (UCL).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 November 2019 @ 6:58 PM