Rodgers tidak jual pemain pada jendela perpindahan Januari. FOTO REUTERS
Reuters

PENGURUS Leicester City Brendan Rodgers berkata mereka tidak akan menjual pemain pada jendela perpindahan Januari dan hanya membuat tambahan kualiti skuad sekiranya bersesuaian.

Rodgers yang mengambil alih skuad itu pada Februari membimbing skuad itu berada di tangga kedua dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan mengutip 26 mata daripada 12 perlawanan musim ini, ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu, Liverpool.

Kelab itu menjual pemain pertahanan tengah Harry Maguire ke Manchester United sekitar 80 juta pound (RM430j) pada penghujung musim.

Rodgers tidak mahu kehilangan lebih ramai pemain utama ketika mereka mencari peluang untuk kembali ke Liga Juara-Juara (UCL).

“Kami sudah tentu tidak mempunyai perancangan untuk Januari,” kata Rodgers.

“Tugasan kami adalah mengekalkan apa kami ada. Jika terdapat peluang memperbaiki skuad kita akan lihat kepada perkara itu.

Jika tidak, kami akan meneruskan dengan skuad sedia yang saya anggap sangat kuat.”

Media Britain mengaitkan pemain tengah berusia 22 tahun, James Maddison akan menyertai Manchester United sejak beraksi cemerlang dalam kempen musim lalu.

Reputasinya meningkat sejak dipanggil oleh pengurus England Gareth Southgate ketika perlawanan antarabangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 November 2019 @ 6:06 PM