Kyle Edmund gembira selepas mengatasi pemain Kazakhstan, Mikhail Kukushkin dalam saingan Piala Davis. FOTO EPA
AFP

BRITAIN merehatkan Andy Murray dan berjaya melangkah ke peringkat suku akhir Piala Davis selepas menang pada penentuan menerusi beregu menewaskan Kazakhstan.

Britain akan berdepan Jerman di Madrid dalam saingan lapan terakhir malam ini, dengan Australia berdepan Kanada. Sementara Serbia akan berdepan Sepanyol dan Sepanyol menentang Argentina.

Pasukan British tahu kekalahan mungkin menyebabkan tersingkir awal seperti Perancis, pasukan pilihan utama kejohanan itu, sudah pun tersingkir beberapa jam sebelum itu kepada Serbia dan Novak Djokovic.

Ia bagaikan perjudian untuk mengetepikan Murray daripada single dalam keadaan genting itu, walaupun penampilan pemain itu kelihatan bergelut daripada kecergasan selepas dipaksa bekerja keras ketika berdepan pemain Belanda, Tallon Griekspoor semalam.


Andy Murray (dua kanan) di bangku simpanan meraikan kejayaan Edmund. FOTO Reuters

Begitupun, juara grand slam tiga kali memberi kegembiraan kepada pasukannya ketika Kyle Edmund menunjukkan aksi menarik mengetepikan Mikhail Kukushkin 6-3, 6-3 sebelum Dan Evans dikalahkan oleh Alexander Bublik 5-7, 6-4, 6-1 untuk kedudukan seri.

Namun Jamie Murray dan gandingannya Neal Skupski, yang membuat kemunculan pertama di Piala Davis memastikan kemenangan 6-1, 6-4 ke atas Bublik dan Kukushkin yang diberikan semangat selepas kembali pada aksi berikutan kejayaan perseorangan mereka.

“Ia sangat jelas bahawa Andy tidak berada pada prestasi terbaik di gelanggang semalam,” kata Kapten Britain Leon Smith.

“Agak sukar untuk pulih daripada itu juga dan apabila anda mempunyai seseorang seperti Kyle sebagai pilihan, pada saya ia peluang cerah untuk layak dan menggunakannya dalam situasi itu.”

Djokovic memastikan tempat buat Serbia pada saingan suku akhir ketika mudah mengatasi Benoit Paire untuk menyingkirkan Perancis.

Djokovic menewaskan Paire 6-3, 6-3 selepas Filip Krajinovic memenangi perlawanan sengit berdepan Jo-Wilfried Tsonga 7-5, 7-6 (7/5) untuk memastikan Serbia mendahului 2-0.

Keputusan Piala Davis :

Kumpulan A

Serbia 2 Perancis 1

Perseorangan

Filip Krajinovic (SRB) mn Jo-Wilfried Tsonga (FRA) 7-5 7-6 (7/5)

Novak Djokovic (SRB) mn Benoit Paire (FRA) 6-3, 6-3

Beregu

Pierre-Hugues Herbert/Nicolas Mahut (FRA) mn Janko Tipsarevic/Viktor Troicki (SRB) 6-4, 6-4

Kumpulan C

Jerman 2 Chile 1

Perseorangan

Philipp Kohlschreiber (JER) mn Nicolas Jarry (CHI) 6-4, 6-3

Cristian Garin (CHI) mn Jan-Lennard Struff (JER) 6-7 (3/7), 7-6 (9/7), 7-6 (10/8)

Beregu

Kevin Krawietz/Andreas Mies (JER) mn Marcelo Tomas Barrios/Alejandro Tabilo (CHI) 7-6 (7/3), 6-3

Kumpulan E

Britain 2 Kazakhstan 1

Perseorangan

Kyle Edmund (BRI) mn Mikhail Kukushkin (KAZ) 6-3, 6-3

Alexander Bublik (KAZ) mn Dan Evans 5-7, 6-4, 6-1

Beregu

Jamie Muray/Neal Skupski mn Mikhail Kukushkin/Alexander Bublik (KAZ) 6-1, 6-4

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 November 2019 @ 7:44 AM