Redknapp kata Liverpool sukar dikejar dalam EPL. FOTO REUTERS
Agensi

BEKAS bos Liga Perdana Inggeris (EPL) yang kini menjadi pengulas sukan dan selebriti bola sepak Harry Redknapp memberi sokongan terhadap skuad Reds kendalian Jurgen Klopp untuk bergelar juara.

Malah, dia begitu yakin Liverpool akan terus kekal tanpa kalah sekaligus menyamai rekod terbaik Arsenal pada kempen 2003/04 dalam laluan bergelar juara sekaligus memaksa Manchester City menyerah kalah dan mengubah fokus kepada Liga Juara-Juara (UCL).

“Oh yeah sudah tentu, saya tidak dapat melihat selain dari keputusan Liverpool memenanginya,” kata bekas pengurus Tottenham dan QPR itu kepada media Britain.

“Maksud saya, sudah tentu buat saya, ia satu kemustahilan. Saya tidak nampak Liverpool akan tewas.

“Saya merasakan Manchester City akan mengejar mereka untuk seketika.

Tetapi lama kelamaan mereka akan sedar Liverpool tidak tercicir dan saya merasakan mereka akan meletakkan usaha mereka dalam UCL.

Man City sepatutnya cuba menjulang UCL musim ini.”

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 November 2019 @ 7:58 PM