Townsend tonggak Palace. FOTO Agensi
Agensi

TERAJU Liga Perdana Inggeris, Liverpool dijangka berdepan tugas sukar apabila berkunjung ke Stadium Selhurst Park, London, Sabtu ini.

Selepas berakhir rehat antarabangsa semalam, tumpuan kembali terarah kepada liga-liga utama dengan Liverpool berdepan cabaran besar untuk terus mengekal rekod tanpa kalah sepanjang 12 perlawanan liga.

Reds berkunjung ke gelanggang di Selatan London antara pasukan yang sentiasa memberi cabaran kuat buat juara Eropah dalam misi mereka memburu kejuaraan Liga Perdana buat pertama kali selepas 30 tahun.

Tidak kira di mana ranking kedudukan carta liga namun Palace diakui pengendali Reds dari Jerman, Jurgen Klopp sentiasa memberi cabaran sukar.

Pemain sayap Palace, Andros Townsend berkata, dalam satu temubual bersama produksi Liga Perdana menjelang perlawanan itu menaruh keyakinan pasukannya mampu menyekat hajat Liverpool.

“Kami tidak akan memberi laluan mudah kepada lawan, dengan kekuatan yang ada kami akan menggunakan sepenuhnya kudrat untuk mengasak lawan dari awal permainan bermula.

Ditanya sama ada pasukannya akan kekal beraksi dengan corak pemain menolak bola ke belakang sebelum melakukan serangan pantas. Seperti dilakukan ketika menentang Manchester City pula Townsend mengakui pendekatan berhati-hati mampu memperolehi kejayaan pada pasukan.

“Jelas pendekatan permainan Palace berbeza, anda tahu anda tidak akan mempunyai banyak peluang menguasai bola jadi anda perlu lebih banyak bertahan dalam 90 minit perlawanan.

“Corak menyerang adalah faktor kedua. Ia bukan bermakna mendedahkan kelemahan dalam pendekatan pasukan tetapi bagaimanapun perkara yang selalu dilakukan apabila berdepan Liverpool.

Diakuinya ia berhasil kepada pasukan pilihan yang sukar dihidu kelemahan mereka.

“Walaupun sebagai pemain sayap anda perlu menjadi pertahanan terlebih dahulu dan kemudian melakukan serangan balas,” tambah Townsend.

“Ia akan menjadi sukar tetapi jika anda bertahan dengan baik anda boleh mencipta kejutan di mana kami membuktikan sebelum ini bahawa kami mampu melakukannya.

Palace berada di kedudukan ke 12 carta liga berjaya mengejutkan Manchester United Ogos lalu dengan kemenangan 2-1 mengikat Arsenal 2-2 dengan keputusan terakhir mereka tewas 0-2 kepada Leicester dan Chelsea dalam saingan liga sebelum rehat antarabangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 November 2019 @ 11:39 AM