EAIN Yow ketika mengalahkan Abdulla hari ini. — FOTO Channel VAS
Iskandar Shah Mohamed
iskandar@hmetro.com.my


JAGUH skuasy lelaki negara, Ng Eain Yow mempamerkan aksi bertenaga dengan menyingkirkan lawannya pada aksi pembuka tirai Kejohanan Channel VAS di England, malam ini.

Pada aksi di St George’s Hill, London, pemain berusia 21 tahun dari Kuala Lumpur itu menundukkan Abdulla Mohd Al Tamimi dari Qatar yang menghuni ranking ke-47 dunia.

Eain Yow bagaimanapun terpaksa bermandi peluh apabila diberi tentangan sengit sebelum menang 11-13, 11-6, 10-12, 11-3, 4-11 dalam pertarungan selama 56 minit.

Pada pusingan kedua Khamis ini, pemain ranking ke-32 dunia itu berdepan tugas getir apabila menentang pemain ranking ke-10 dunia, Marwan El-Shorbagy dari Mesir.

Pilihan keenam kejohanan itu mara selepas mendapat ‘bye’ pada pusingan pertama.

Kejohanan yang berlangsung hingga Ahad ini menawarkan hadiah wang tunai berjumlah AS$106,000 (RM440,000).

Eain Yow meraih kejuaraan terbesarnya pada Terbuka Malaysia dan turut beraksi cemerlang hingga pusingan ketiga selepas menewaskan pemain ranking lebih tinggi pada Terbuka Mesir, bulan lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 November 2019 @ 10:54 PM