Firdaus Hashim & Syazwan Msar
sukan@hmetro.com.my


MENTERI Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menaiki sistem Transit Aliran Ringan (LRT) bagi menyaksikan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara Malaysia dengan Indonesia malam ini.

Syed Saddiq tiba di perkarangan Stadium Nasional, Bukit Jalil kira-kira jam 6.30 petang tadi bersama beberapa penyokong Harimau Malaya.

Beliau yang memakai jersi Harimau Malaya mahu merasai kehangatan perlawanan malam ini bersama penyokong dengan berjalan kaki ke stadium yang terletak kira-kira 500 meter dari Stesen LRT Bukit Jalil.


SYED Saddiq menaiki LRT untuk menyaksikan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara Malaysia menentang Indonesia malam ini.

Menerusi Facebook rasmi Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, beliau turut mengingatkan penyokong kedua-dua pasukan supaya mengamalkan semangat kesukanan selain elak daripada berlakunya sebarang pergaduhan.

Selain itu, beliau turut mahu semua penyokong tidak membuang sampah merata-rata dan mengikut setiap peraturan ditetapkan.


KETIKA bertemu penyokong pasukan Indonesia.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 November 2019 @ 8:48 PM