Gandingan Perancis, Pierre-Hugues Herbert dan Nicolas Mahut (kiri) bersama trofi yang dimenangi dalam acara beregu ATP Final di London. FOTO EPA
Reuters

GANDINGAN Perancis, Pierre-Hugues Herbert dan Nicolas Mahut memastikan kejuaraan acara beregu ATP Final menewaskan Raven Klaasen dan Michael Venus 6-3, 6-4, di O2 Arena, London, awal pagi ini.

Kejayaan itu membolehkan mereka menjadi pemain beregu pertama dari Perancis memenangi acara penghujung tahun itu sejak 2005 apabila Michael Llodra dan Fabrice Santoro memenangi kejuaraan itu di Shanghai.

Setahun yang lalu Herbert dan Mahut hanya mengatasi beberapa mata untuk memenangi kejuaraan itu apabila tewas kepada gandingan Amerika, Mike Bryan dan Jack Sock.

Selepas memulakan tahun ini dengan melengkapkan koleksi Grand Slam di Terbuka Australia, gandingan Perancis berharap menamatkannya dengan rentetan kejayaan apabila mereka beraksi di Piala Davis Final minggu depan di Madrid.

Selepas pilihan ketujuh dari Perancis mendahului 3-1 mereka meneruskan penguasaan berdepan gandingan Afrika Selatan/New Zealand itu.

Mereka mengesahkan kejuaraan itu dapat tercicir dari setiap set dan menamatkan musim dengan 18 set kemenangan termasuk memenangi kejuaraan Paris Master bulan ini.

“Terima kasih kerana berkongsi gelanggang dengan saya, kerana terlalu banyak detik menarik dan memberikan saya kegembiraan apabila saya bersama kamu di gelanggang,” kata Herbert.

“Kamu beraksi dalam final yang hebat, terima kasih untuk itu.”

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 November 2019 @ 1:09 PM