AKSI Ronaldo menjaringkan gol kedua Portugal. - FOTO Reuters
Reuters

JUARA bertahan, Portugal layak ke Euro 2020 selepas menewaskan Luxembourg 2-0 di tempat lawan, malam ini.

Bruno Fernandes memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-39 dan Cristiano Ronaldo mengesahkan kemenangan empat minit sebelum tamat permainan bagi memastikan Portugal menduduki tangga kedua Kumpulan B dengan 17 mata, tiga mata mengatasi Serbia yang seri 2-2 dengan Ukraine.

Jaringan antarabangsa Ronaldo itu adalah yang ke-99, makin hampir menjadi pemain kedua dalam sejarah menjaringkan 100 gol untuk pasukan kebangsaan.

Penyerang Iran, Ali Daei memegang rekod dunia dengan 109 jaringan antarabangsa yang dilakukan antara 1993 hingga 2006.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 November 2019 @ 12:32 AM