Pemain Scotland, Ryan Christie (kanan) cuba menghalang pemain Cyprus dalam saingan Kumpulan I kelayakan Euro 2020 di Nicosia, Cyprus awal pagi ini. FOTO EPA.
Agensi

RYAN Christie mengakui Scotland bernasib baik terselamat daripada igauan ngeri berdepan Cyprus, untuk mengatasi lawan 2-1 malam tadi.

Kemenangan Scotland di Nicosia, membolehkan pasukan itu mengatasi Cyprus di tangga ketiga saingan Kumpulan I kelayakan Euro 2020, walaupun kedua-dua pasukan sudah tidak layak secara automatik untuk pusingan akhir kejohanan.

Pelawat mungkin ketinggalan sebelum Christie meledak gol pertama antarabangsa selepas 12 minit tatkala Giorgios Efrem merembat terkenal palang dan kelihatan bola terpantul melepasi garisan gol.

Tiada gol dibenarkan, membolehkan Christie memecah kebuntuan jaringan.

Efrem kemudian menyamakan kedudukan tetapi John McGinn memastikan kemenangan itu.

Memberi maklumat balas dari insiden itu, Christie memberi tahu kepada Sky Sports : "Daripada kedudukan saya, untuk bersikap jujur, ia kelihatan seperti melepasi garisan. Saya sama sekali tidak melihatnya semula lagi.

"Kami mempunyai sedikit tuah pada 10 minit terawal permainan. Ia kemungkinan membawa kami lebih lama daripada yang kami mahukan untuk berasa seperti apa yang kami rasakan mengenai perlawanan itu.

"Selepas detik menakutkan itu kami kembali menguasai perlawanan. Gol yang dicari tiba dan dari situ kami sedikit berdaya tahan.

Menambah mengenai jaringan pertama bersama Scotland : "Saya sangat berbangga, semestinya.

"Ia adalah sesuatu yang sangat terdesak dilakukan setiap kali beraksi untuk Scotland dan ia kemungkinan lebih lama daripada yang saya mahukan. Ia amat bagus untuk melakukannya juga ketika pasukan mencatat kemenangan.

Scotland berdepan Kazakhstan pada Rabu namun sudah melihat ke arah perlawanan di gelanggang sendiri dalam saingan play-off separuh akhir pada Mac depan, di mana McGinn berharap mereka percaya ia dirangsang dengan kemenangan seperti itu.

"Banyak muka baru dalam pasukan," kata perancang tengah Aston Villa itu yang tidak beraksi pada tahap sebenar.

"Ada perlawanan mungkin boleh seri atau kalah sejak akhir-akhir ini jadi sangat penting kami memperoleh mentaliti kemenangan untuk perlawanan seperti itu.

"Biarpun ia tidak berjalan sempurna sehingga tamat, ia sangat penting ketika kami mempersiapkan pasukan menjelang Mac nanti.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 November 2019 @ 7:58 AM