Quartararo catat masa terpantas di Valencia. FOTO NSTP
AFP

PELUMBA Perancis, Fabio Quartararo mencatat masa terpantas sesi latihan pertama pada saingan penutup musim di Grand Prix Valencia, hari ini.

Juara dunia, Marc Marquez merakam masa ketiga terpantas.

Pelumba berusia 20 tahun itu yang masih mencari kemenangan sulung pada penampilan pertamanya musim ini mengenepikan cabaran Jack Miller.

Juara dunia tiga kali MotoGP Jorge Lorenzo berada di tempat ke-18 terpantas hari ini selepas mengumumkan akan bersara selepas perlumbaan.

Marquez yang ditabalkan sebagai juara dunia untuk kali keenam, bulan lalu, mencari kemenangan kedua MotoGP di Valencia dan hanya 0.077 saat perlahan berbanding Quartararo.

Quartararo pelumba Yamaha berjaya meraih lima petak utama dan enam penyudah podium pada penampilan sulung MotoGP sepanjang musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 November 2019 @ 7:47 PM
Skip this ad x