Megat Shahriman pada sidang media di Restoran ATE Cetera, Sri Hartamas. FOTO NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN
Saiful Affendy Sapran
saifulaffendy@hmetro.com.my


PRESIDEN Persatuan Hoki Kuala Lumpur (KLHA), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) pada mesyuarat agung tahunan (AGM) badan induk itu esok.

Beliau mengumumkan perkara itu pada sidang media sebentar tadi selepas kecewa dengan pelbagai isu yang melanda menjelang pemilihan badan induk itu sebelum ini.

Jelas Megat, surat penarikan diri sudah dihantar kepada MHC menerusi emel.

Serentak dengan itu juga, beliau mengumumkan sudah membuat satu laporan polis dan turut melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat pelbagai isu yang berkaitan dengan proses pemilihan itu.

Penarikan diri Megat bermakna seorang lagi calon, Jadadish Chandra akan diumumkan menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Presiden MHC.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 November 2019 @ 12:50 PM